“THE Secret Life of Pets 2” berjaya mendahului carta box office Amerika Utara minggu ini. FOTO Agensi
“THE Secret Life of Pets 2” berjaya mendahului carta box office Amerika Utara minggu ini. FOTO Agensi
AFP

LOS ANGELES: Animasi baru Universal, “The Secret Life of Pets 2” berjaya mendahului carta box office Amerika Utara minggu ini dengan meraih kutipan mencecah AS$47.1 juta (RM196.1 juta) walaupun jumlah itu separuh daripada filem “Pets” pertama, tiga tahun lalu.

“Pets 2” yang dikeluarkan oleh studio Illumination turut menerima penarafan A- dari penonton yang mencadangkan agar ia kekal bertenaga, menurut CinemaScore. Ia dibarisi suara pelakon Kevin Hart, Tiffany Haddish dan Patton Oswalt yang mengisahkan perilaku haiwan kesayangan apabila ketiadaan pemiliknya.

Filem “X-Men: Dark Phoenix” di tangga kedua, meraih kutipan AS$33 juta (RM137 juta), prestasi paling buruk dalam sejarah 20 tahun francais “X-Man” dan jauh dari jangkaan, menurut Variety. Laman web BoxOfficeMojo menyebutnya sebagai “ulasan filem terburuk dalam senarai francais X-men.” Selain membabitkan kos penghasilan berjumlah AS$200 juta (RM832 juta).

Di tempat ketiga daripada Disney, “Aladdin” meraih kutipan AS$24.5 juta (RM101.9 juta). Di bintangi Will Smith sebagai jin dan Mena Massoud sebagai Aladdin yang cuba mencuri perhatian Jasmine (Naomi Scott).

“Godzilla: King of the Monsters”, jatuh ke tangga keempat dengan kutipan AS$15.5 juta (RM64.5 juta), dibintangi saintis Emma (Vera Farmiga) dan Kyle Chandler.

Filem “Rocketman”, biopik mengenai penyanyi Elton John mengungguli tangga kelima dengan kutipan AS$14 juta (RM58 juta). Pelakon Taron Egerton memegang watak John memberikan persembahan mantap selain menerima sokongan kuat daripada penyanyi itu sendiri.

Tempat keenam menjadi milik filem “Ma” dengan kutipan sekitar AS$7.8 juta (RM32 juta) diikuti “John Wick: Chapter 3 - Parabellum” sebanyak AS$7.4 juta (RM30.1 juta), “Avengers: Endgame” AS$4.8 juta (RM19.1 juta), “Pokemon: Detective Pikachu” AS$2.9 juta (RM12 juta) dan di tangga ke-10 oleh filem “Booksmart” meraih kutipan AS$1.6 juta (RM6.6 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 11:05 AM