SEORANG pendaki gunung ketika menuruni cerun. FOTO/AFP
SEORANG pendaki gunung ketika menuruni cerun. FOTO/AFP
Reuters

KATHMANDU: Seorang lelaki Britain maut selepas terlalu lemah untuk turun dari Gunung Everest, menjadikannya pendaki kelapan maut di puncak tertinggi dunia itu.

Warga Britain, Robin Fisher, 44, maut di ‘zon kematian’ yang mempunyai tahap oksigen kurang ketika turun dari puncak, kata pegawai jabatan pelancongan Mira Acharya.

Fisher adalah kematian kelapan di Everest pada musim mendaki kali ini, yang berakhir pada hujung Mei.

Murari Sharma dari Ekspedisi Everest Parivar berkata: “Dia maut kerana terlalu lemah selepas mengambil masa lama untuk mendaki manakala proses turun juga sukar.

“Pemandu kami cuba membantu selepas dia pengsan, tetapi dia meninggal dunia tidak lama kemudian.”

Gunung Everest juga boleh didaki dari Tibet, dan beberapa kematian turut dilaporkan di situ pada musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 9:28 PM