TUJUH pendaki dikhuatiri mati selepas hilang dalam runtuhan di Gunung Chuya, selatan Siberia. FOTO SiberianTimes
TUJUH pendaki dikhuatiri mati selepas hilang dalam runtuhan di Gunung Chuya, selatan Siberia. FOTO SiberianTimes
AFP

MOSCOW: Tujuh pendaki dikhuatiri mati selepas hilang dalam runtuhan di kawasan pergunungan Altai, Russia, kata jurucakap pasukan bantuan kecemasan hari ini.

Kejadian runtuhan itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu di Gunung Chuya, Republik Altai, selatan Siberia yang membabitkan sembilan mangsa.

Namun, ketua perkhidmatan bantuan kecemasan, Andrei Burlakov berkata, dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan pihak berkuasa.

“Memandangkan runtuhan itu agak besar, kami masih lagi melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Mangsa yang hilang dikatakan kumpulan pendaki berpengalaman berpangkalan di bandar Novosibirsk, Siberia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 6:18 PM