DIMA  yang dicekik dan dibakar   datuk dan neneknya dalam dukungan ibunya, Maria.
DIMA yang dicekik dan dibakar datuk dan neneknya dalam dukungan ibunya, Maria.
Agensi

Moscow: Angkara mabuk, sepasang datuk dan nenek di wilayah Siberia, Rusia bertindak kejam mencekik sebelum membakar cucunya dalam ketuhar selepas tidak tahan mendengar tangisan kanak-kanak itu.

Memetik Daily Mirror, pasangan itu, masing-masing berusia 48 dan 52 tahun diberi kepercayaan menjaga sementara cucu mereka bernama Dima ketika anak dan menantu mereka, Maria, 20, dan Dmitry Shcherbakovy, 25, keluar seketika.

Ketika Maria dan Dmitry tiba di rumah terbabit, mereka tidak nampak kelibat kanak-kanak itu dan menemui pakaiannya saja.

Pencarian mereka berakhir apabila melihat mayat anak mereka diselaputi salji di luar rumah sebelum melaporkan kejadian kepada polis.

Susulan itu, polis menahan pasangan terbabit selepas didakwa melakukan pembunuhan itu di Kemerovo, barat daya Siberia.

Menurut polis, kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh kejam apabila dicekik sampai mati sebelum dibakar dalam ketuhar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 6:30 AM