SEEKOR kucing berjaya diselamatkan dari kebakaran.
SEEKOR kucing berjaya diselamatkan dari kebakaran.
Agensi

MOSCOW: Seekor kucing berjaya diselamatkan dari kebakaran apabila anggota bomba menyedarkan haiwan itu semula dengan menggunakan topeng oksigen, dalam kejadian di bandar Tomsk di Siberia.

Daily Mail melaporkan, anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian kelmarin selepas menerima laporan berlaku kebakaran membabitkan sebuah bangunan kayu dua tingkat.

Satu rakaman menunjukkan anggota bantuan kecemasan mengeluarkan kucing berwarna kelabu itu dari bangunan terbabit.

Dia membaringkan haiwan berkenaan di atas tanah sambil dilihat kanak-kanak dan orang awam sebelum menghubungi rakannya supaya menghantar topeng oksigen.

Lelaki terbabit berusaha menyelamatkan kucing terbabit sambil mengusap badannya sebelum ia kembali sedar.

ANGGOTA bomba menyedarkan haiwan itu semula dengan menggunakan topeng oksigen.
ANGGOTA bomba menyedarkan haiwan itu semula dengan menggunakan topeng oksigen.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan, mereka mengambil masa 10 minit untuk menyedarkan kucing malang itu.

Katanya, seekor anjing turut ditemui namun ia tidak mengalami sebarang kesan buruk akibat kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 1:12 AM