DR  Muzaffar Ghanghar.
DR Muzaffar Ghanghar.
Agensi

KARACHI: Sekurang-kurangnya 90 orang termasuk 65 kanak-kanak dipercayai dijangkiti virus HIV yang berpunca daripada seorang doktor yang menggunakan jarum suntikan tercemar, kata pegawai, semalam.

“Kami menahan seorang doktor selepas menerima laporan daripada pihak berkuasa kesihatan. Kami diberitahu doktor itu juga mempunyai HIV,” kata ketua polis di bandar Larkana, Kamran Nawaz.

Menurut laporan media, suspek yang ditahan dikenali sebagai Dr Muzaffar Ghanghar yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di daerah Ratodero.

Pihak berkuasa pada mulanya mengesan jangkitan itu pada minggu lalu apabila 18 kanak-kanak dari sebuah pekan di pinggir bandar itu positif HIV yang menjadi punca Aids menyebabkan pegawai kesihatan membuat pemeriksaan lebih meluas.

Selepas pemeriksaan dibuat, berpuluh-puluh individu yang dijangkiti virus berkenaan dikesan.

“Lebih 90 orang dikesan positif HIV termasuk 65 kanak-kanak,” kata seorang pegawai kesihatan di Larkana, Dr Abdul Rehaman kepada AFP.

Seorang pegawai lagi mengesahkan jangkitan itu tetapi memberi angka yang lebih rendah.

Pihak berkuasa memberitahu, mereka mengesan jangkitan itu daripada seorang doktor lelaki yang didapati menggunakan satu jarum suntikan yang tercemar pada pesakitnya.

Menteri Kesihatan wilayah Sindh, Azra Pechuho mengesahkan doktor itu sudah ditahan.

“Ujian darah pada kanak-kanak yang dijangkiti HIV itu juga diuji tetapi keputusannya negatif,” tambah Pechuho.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 7:45 AM