IWAMOTO bersama rakannya, Doug ketika tiba di pelabuhan Fukushima, Jepun. FOTO: AFP
IWAMOTO bersama rakannya, Doug ketika tiba di pelabuhan Fukushima, Jepun. FOTO: AFP
AFP

TOKYO: Pelayar cacat penglihatan warga Jepun berjaya menamatkan pelayaran tanpa henti di lautan Pasifik sekali gus mencipta rekod sebagai individu cacat penglihatan pertama yang mengemudi kapal merentasi lautan, lapor media tempatan.

AFP melaporkan, Mitsuhiro Iwamoto, 52, yang menetap di San Diego, California memulakan pelayaran sejauh 14,000 kilometer kira-kira dua bulan lalu sebelum tiba di pelabuhan di Fukushima, Jepun pagi tadi.

Dia turut berlayar bersama pengemudi warga Amerika Syarikat (AS), Doug Smith yang membantunya memberi panduan dan maklumat termasuk arah angin.

Ia adalah percubaan kedua yang dilakukannya selepas gagal enam tahun lalu apabila perayu layar terlanggar ikan paus dan tenggelam.

“Saya sudah pulang. Terima kasih semua. Saya tidak berputus asa dan berjaya merealisasikan impian ini,” kata Iwamoto yang dipetik Kyodo News.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 3:08 PM