ANTARA mangsa yang diselamatkan. FOTO/AFP
ANTARA mangsa yang diselamatkan. FOTO/AFP
AFP

JALALABAD: Penduduk masih mencari mayat jemaah sebuah masjid yang runtuh akibat letupan ketika solat Jumaat dalam kejadian yang meragut 70 nyawa semalam.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Nangarhar, Asif Shinwari berkata, antara mangsa terbunuh adalah murid iaitu sekurang-kurangnya 27 orang.

Kejadian berlaku di daerah Haska Mina, timur wilayah Nangarhar dan sekitar 36 orang dilaporkan cedera termasuk 16 murid.

Saksi kejadian berkata, bumbung masjid runtuh selepas berlaku satu letupan kuat.

Penduduk setempat memberitahu kira-kira 350 jemaah menunaikan solat dalam masjid ketika kejadian berlaku.

Jurucakap Gabenor Wilayah, Attaullah Khogyani berkata, bantuan termasuk makanan dan barang keperluan lain sudah dihantar ke penduduk daerah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 10:37 PM