TENTERA Israel yang menyalahkan Hamas melakukan serangan balas yang mencederakan lima orang Palestin. FOTO Agensi
TENTERA Israel yang menyalahkan Hamas melakukan serangan balas yang mencederakan lima orang Palestin. FOTO Agensi
AFP

BAITULMAQDIS: Pertempuran antara Israel dan Hamas yang reda semalam kembali tegang apabila tentera Israel melakukan serangan balas selepas tembakan roket yang dilancarkan ke arah mereka.

Tentera Israel mendakwa serangan itu dilancarkan pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza lewat malam semalam iaitu selepas Hamas mendakwa mereka mencapai persetujuan melakukan gencatan senjata yang ditaja Mesir, lapor AFP.

“Serangan udara kami baru saja terkena beberapa sasaran Hamas di Gaza. Jika mereka rasa kami hanya akan melihat saja serangan roket, bom dan menceroboh sempadan Israel serta mengancam nyawa rakyat Israel, mereka silap,” kata tentera Israel menerusi Twitter.

Bagaimanapun, Hamas berkata, serangan roket yang hampir terkena Ashkelon itu adalah perbuatan daripada seseorang dan kumpulan pejuang terbabit komited untuk bersikap tenang selagi Israel bersetuju melakukannya.

Ketegangan tercetus awal pagi kelmarin apabila satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza terkena sebuah rumah di Tel Aviv menyebabkan tujuh warga Israel cedera.

Tentera Israel yang menyalahkan Hamas melakukan serangan balas yang mencederakan lima orang Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 2:07 PM