ARPS tampil di mahkamah atas dua pertuduhan, berkongsi video siaran langsung kejadian tembakan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch. FOTO Agensi
ARPS tampil di mahkamah atas dua pertuduhan, berkongsi video siaran langsung kejadian tembakan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch. FOTO Agensi
AFP

Christchurch: Lelaki berusia 44 tahun adalah individu kedua yang didakwa di mahkamah atas kesalahan berkongsi video siaran langsung kejadian tembakan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

AFP melaporkan, lelaki terbabit, Philip Arps, 44, didakwa selepas empat hari pengganas warga Australia melepaskan tembakan rambang hingga membunuh 50 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Daerah Christchurch didakwa atas dua pertuduhan mengedarkan bahan menjelikkan di bawah Akta Filem.

Awal minggu ini, seorang remaja dituduh di mahkamah atas dakwaan yang sama.

Siaran langsung itu dirakam oleh pengganas terbabit yang berdepan dengan tuduhan bunuh selepas menembak mati jemaah di Masjid al Noor dan Lindwood.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 2:45 PM