PEKARANGAN Masjid Al-Aqsa. FOTO AFP
PEKARANGAN Masjid Al-Aqsa. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Mahkamah Israel hari ini mengarahkan penutupan sementara semua pintu masuk ke kompleks Masjid al-Aqsa ekoran ketegangan yang berlaku di kawasan itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Mahkamah Majistret Baitulmaqdis, berkata bangunan di pintu Bab al-Rahma di kompleks Masjid Al-Aqsa harus ditutup sementara kes itu berterusan.

Pihak pengurusan kawasan, Majlis Waqf, diberi 60 hari untuk memberi maklum balas terhadap arahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 9:23 PM