MASIE Hazelwood pernah ketagih menggunakan penapis Snapchat. FOTO Daily Mail
MASIE Hazelwood pernah ketagih menggunakan penapis Snapchat. FOTO Daily Mail
Agensi

LONDON: Akibat ketagih kronik terhadap penapis Snapchat, seorang pelajar perempuan enggan keluar dari biliknya mahupun melihat cermin selepas aplikasi itu gagal berfungsi dalam telefon pintarnya.

Maisie Hazelwood, 19, memuatnaik Snapchat pada Februari tahun lalu dan mula bergantung kepada penapis menarik disediakan aplikasi terbabit untuk mengambil swafoto kerana membuatkan wajah dia kelihatan cantik dan mulus.

"Saya boleh mengambil swafoto tanpa perlu bersolek kerana penapis Snapchat membuat saya nampak lebih cantik. Penapis paling digemari adalah yang menampakkan bulu mata lebih panjang, ada tindik hidung dan menjadikan wajah kelihatan sangat sempurna," ujarnya.

Bagaimanapun, selepas lapan bulan, aplikasi itu mula tidak berfungsi menyebabkan Maisie berhenti bersolek dan enggan menemui sesiapa kerana bimbang diejek mempunyai wajah hodoh berbanding gambarnya di Snapchat.

Maisie berjaya mengatasi masalah ketagihannya selepas memadamkan Snapchat dan kini lebih berkeyakinan diri dengan mengambil swafoto menggunakan kamera biasa tanpa penapis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 6:57 PM