Letupan berlaku beberapa hari selepas penduduk keluar mengundi untuk wilayah autonomi Islam di Jolo. FOTO AFP
Letupan berlaku beberapa hari selepas penduduk keluar mengundi untuk wilayah autonomi Islam di Jolo. FOTO AFP
AFP

MANILA: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh akibat dua letupan di gereja di sebuah pulau di selatan Filipina, yang juga adalah kubu kuat militan Islam, kata pihak tentera, hari ini, beberapa hari selepas undi serantau untuk wilayah autonomi Islam baru.

Jurucakap tentera wilayah Leftenan Kolonel Gerry Besana berkata, ledakan pertama berlaku di dalam gereja Katolik di Jolo yang dilanda perang pada pagi tadi diikuti ledakan kedua di tempat letak kereta ketika pihak tentera membalas.

Foto yang dikeluarkan oleh polis serantau menunjukkan debu pengeboman tersebar berhampiran pintu masuk gereja dan kerosakan pada trak tentera pada cermin hadapan.

“Kami pasti motifnya berkaitan keganasan. Mereka tidak mahu keamanan.

“Ia menyebabkan lima askar dan 12 orang awam terbunuh manakala 57 yang lain cedera,” kata Besana.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Oscar Albayalde mengatakan, seramai 19 orang maut dengan 48 cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 2:17 PM