TENTERA Filipina menunjukkan kerosakan dalam gereja Katolik di Jolo, wilayah Sulu, Filipina susulan serangan bom. FOTO/AFP
TENTERA Filipina menunjukkan kerosakan dalam gereja Katolik di Jolo, wilayah Sulu, Filipina susulan serangan bom. FOTO/AFP
Reuters

MANILA: Militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas pengeboman serentak yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di gereja Katolik Filipina, kata agensi beritanya, Amaq semalam.

Serangan berlaku semalam di kepulauan majoriti Islam di selatan Filipina mengorbankan 81 orang dan terburuk sejak beberapa tahun lalu di rantau bergolak sejak sekian lama.

Serangan di pulau Jolo itu dilakukan kurang seminggu selepas pengundi menolak kemasukan militan dalam kawasan autonomi Islam, pungutan suara yang diluluskan majoriti di bahagian lain kumpulan kepulauan Mindanao yang termasuk Jolo.

Kerajaan majoriti Kristian itu selama berdekad menentang kumpulan pemisah seperti Abu Sayyaf.

Letupan berlaku awal pagi ketika penganut Kristian berkumpul di Cathedral of Our Lady of Mount Carmel di Jolo, ibu kota kepulauan Sulu, kata jurucakap tentera, Kolonel Gerry Besana. Bom terbabit dipercayai buatan sendiri.

Katanya satu daripada bom terbabit meletup dalam gereja sementara satu lagi meletup berhampiran lot parkir ketika penganut panik dan bergegas keluar.

Komander polis, Ketua Superintendan Graciano Mijares, berkata tengah hari semalam, 20 maut, lima daripadanya tentera yang mengawal gereja itu manakala 81 cedera termasuk 16 pegawai polis dan askar.

Sementara itu, Paus Francis yang bercakap di Panama, melahirkan kecaman paling keras terhadap keganasan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 January 2019 @ 5:01 PM