PASUKAN penyelamat bertungkus lumus jalankan operasi mencari mangsa tanah runtuh. -Foto EPA
PASUKAN penyelamat bertungkus lumus jalankan operasi mencari mangsa tanah runtuh. -Foto EPA
AFP

JAKARTA: Pasukan penyelamat melancarkan gerakan mencari mangsa terselamat selepas kejadian tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat menyebabkan dua maut dan puluhan lagi hilang di barat Indonesia, kata pegawai hari ini.

Kejadian berlaku sejurus sebelum gelap semalam di wilayah Jawa Barat.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui dua mangsa yang meninggal dunia dan meneruskan usaha mencari sekurang-kurangnya 41 lagi yang hilang menurut agensi bencana kebangsaan.

Hujan lebat, gangguan bekalan elektrik dan keadaan jalan raya menghalang mesin berat memasuki kawasan di wilayah Sukabumi, kata jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho.

Operasi mencari dihentikan semalam tetapi diteruskan pagi ini.

Tiga yang cedera dalam kejadian itu dan 61 lagi dipindahkan dari kawasan berkenaan, kata Nugroho.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 1:04 PM