GUNUNG Berapi Semeru. FOTO Twitter
GUNUNG Berapi Semeru. FOTO Twitter
Agensi

Jakarta: Gunung Semeru, gunung berapi di Lumajang, Jawa Timur, meletus, hari ini.

Ia menyebabkan asap dan debu tebal sehingga kira-kira 12,000 meter.

Menurut portal Independent, gunung itu meletus pada 2.50 petang (waktu tempatan).

Imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan asap dan debu tebal.

Agensi pihak berkuasa Indonesia yang mengawal selia aktiviti gunung berapi, gempa bumi dan tsunami melaporkan penduduk di kawasan terjejas sudah dipindahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 7:05 PM