Popovich (kiri) mati dibunuh Zverev dan Valeria. FOTO east to west news
Popovich (kiri) mati dibunuh Zverev dan Valeria. FOTO east to west news
Agensi

Moscow: Budak perempuan berusia 12 tahun mengaku makan daging manusia malah menceritakan bagaimana dia menggunakan kuali untuk memasak dan menjamah jantung tuan rumah yang dibunuhnya bersama teman lelaki fidofilia berusia 22 tahun.

Remaja cuma dikenali sebagai Valeria itu membuat pengakuan berkenaan selepas ditangkap polis bersama teman lelaki, Arkady Zverev, lapor Daily Mail.

Pasangan kejam itu membunuh dan mengerat mangsa, Alexander Popovich, 21, yang juga tuan rumah mereka selepas Valeria menikamnya mati ketika tidur lapor 47news.ru.

Zverev kemudian memenggal mayat dan memotong tangannya menggunakan kapak. Kepala kemudian disimpan dalam ketuhar gelombang mikro.

Mereka kemudian menghidupkan ketuhar berkenaan namun ia mencetuskan kebakaran menyebabkan pasangan itu melarikan diri. Jiran menghubungi pihak berkuasa dan pasangan itu berjaya ditahan.

Bagaimanapun, Valeria tidak berdepan sebarang tuduhan kerana masih bawah umur.

Zverev akan didakwa atas tuduhan membunuh, merosakkan mayat dan mengadakan seks dengan kanak-kanak bawah umur.

Ketika disoal siasat, Valeria mendakwa jantung mangsa terlalu manis dengan otaknya lebih sedap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 10:20 PM