IBU Ratu Sirikit, isteri kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej. FOTO Reuters
IBU Ratu Sirikit, isteri kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej. FOTO Reuters

BANGKOK: Ibu Ratu Sirikit, 86, dimasukkan ke hospital di ibu kota Thailand kerana menghidap influenza, kata Biro Keluarga Diraja dalam kenyataan hari ini.

Sirikit, isteri kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, yang meninggal dunia pada 2016 selepas tujuh dekad bertakhta, ialah ibu Raja Maha Vajiralongkorn, 66.

Beliau juga jarang dilihat di khalayak ramai sejak beberapa tahun ini tetapi minggu lalu istana menyiarkan gambar Sirikit sempena meraikan ulang tahunnya ke-86 pada 12 Ogos lalu.

Ratu itu dirakamkan dengan beberapa orang anaknya termasuk

Raja Vajiralongkorn.

Sirikit dimasukkan ke hospital Chulalongkorn di Bangkok semalam selepas mendapat demam panas dan batuk.

Kesihatan beliau semakin pulih, menurut kenyataan, tetapi akan kekal di hospital untuk pemerhatian lanjut. — Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Ogos 2018 @ 2:14 PM