PASUKAN mencari dan menyelamat Kebangsaan Indonesia berusaha menjejak pesawat Pilatus yang hilang. FOTO AFP
PASUKAN mencari dan menyelamat Kebangsaan Indonesia berusaha menjejak pesawat Pilatus yang hilang. FOTO AFP
AFP

JAYAPURA: Pesawat kecil membawa sembilan orang hilang ketika penerbangan pendek di kawasan pergunungan di timur Indonesia, kata pihak berkuasa, dengan usaha mencari dan menyelamat sudah pun dijalankan.

Pesawat Pilatus buatan Switzerland itu hilang hubungan dengan kawalan trafik udara ketika penerbangan yang cuma mengambil masa 40 minit di wilayah Papua, kata polis.

“Penduduk kampung di Okatem melaporkan mereka mendengar bunyi kuat dari pesawat itu diikuti letupan besar,” kata ketua polis Bintang, Michael Mumbunan.

Pasukan mencari dan menyelamat dikerah tetapi ia mengambil masa tiga jam untuk mereka tiba di tempat disyaki lokasi kejadian dengan berjalan kaki.

Pesawat berkenaan membawa tujuh penumpang, termasuk seorang kanak-kanak dan dua kru.

Ia milik Dimonim Air, syarikat persendirian mengendalikan penerbangan dalam dan sekitar Papua.

Indonesia bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan ribuan pulaunya tetapi memiliki rekod penerbangan buruk dan berhadapan beberapa nahas teruk sejak beberapa tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 8:51 PM