ADUL SAM-ON
ADUL SAM-ON
AFP

CHIANG RAI: Seorang daripada 12 remaja lelaki Thailand yang diselamatkan dari gua menyifatkan saat mereka ditemui oleh penyelam Britain adalah ‘keajaiban’.

“Ia satu keajaiban,” kata Adul Sam-on, 14, kepada sidang akhbar ketika semua anggota pasukan bola sepak itu dan jurulatih mereka muncul di khalayak ramai buat kali pertama sejak diselamatkan.

Pasukan ‘Wild Boar’ itu memasuki gua Tham Luang pada 23 Jun selepas berlatih.

Mereka ditemui sembilan hari kemudian oleh dua penyelam gua Britain, tetapi terus berada selama 18 hari sebelum berjaya dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 8:22 PM