AMBULANS membawa keluar mangsa terperangkap dalam gua dinaiki air. FOTO AFP
AMBULANS membawa keluar mangsa terperangkap dalam gua dinaiki air. FOTO AFP
Agensi

PEGAWAI penyelamat tempatan mengesahkan dua kanak-kanak menjadi yang pertama daripada pasukan bola sepak Thailand yang berjaya dikeluarkan dari gua yang dinaiki air, tempat mereka terperangkap sejak lebih dua minggu lalu.

Ketua jabatan kesihatan Chiang Rai Tossathep Boonthong yang turut menyertai pasukan penyelamat berkata, dua kanak-kanak sudah dikeluarkan. Mereka kini diperiksa di hospital lapangan berhampiran gua.

“Mereka menjalani pemeriksaan fizikal dan belum dipindahkan ke Hospital Chiang Rai.”

Terdahulu laman berita Singapura, The Straits Times melaporkan, sekurang-kurangnya tiga pemain bola sepak kanak-kanak Thailand berjaya dikeluarkan daripada gua terbabit.

Kanak-kanak lelaki pertama muncul pada 5.37 petang kemudian diikuti mangsa kedua pada jam 5.50 petang, lapor agensi berita Thailand, Kahosod. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Julai 2018 @ 8:25 PM