MENGHINA institusi raja di Thailand boleh dikenakan hukuman penjara hingga 15 tahun. FOTO fail Reuters
MENGHINA institusi raja di Thailand boleh dikenakan hukuman penjara hingga 15 tahun. FOTO fail Reuters
Reuters

Bangkok: Seorang wanita buta dipenjara satu hingga satu tahun setengah oleh mahkamah di sini kerana menghina raja.

Nurhayati Masoh, 23, didapati bersalah memuat naik ke akaun Facebook miliknya, artikel oleh ahli akademik Britain Thai, Giles Ungpakorn - pengkritik lantang mengkritik monarki negara itu - yang melarikan diri dari Thailand selepas didakwa derhaka pada 2009.

Peguam belanya Kaosar Aleemama berkata: “Dia mengaku memuat naik artikel itu. Tetapi dia tidak menyedari hukumannya begitu tinggi.”

Nurhayati yang menggunakan aplikasi komputer yang membantu golongan kurang upaya penglihatan memuat naik bahan ke media sosial, ditahan pada November lalu dan dipenjara tiga tahun oleh mahkamah di Yala, selatan Thailand.

Pegawai mahkamah wilayah di Yala yang enggan dinamakan berkata, kes terhadapnya difailkan pada 28 November 2017 dan dia direman sejak itu.

“Bagaimanapun, hukuman dikurangkan selepas dia mengaku salah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 7:52 AM