KUMPULAN penentang Bashar menunaikan solat sebelum mereka dipindahkan bersama orang awam dari kawasan di sempadan Lubnan ke wilayah Hama 3 Ogos lalu.  - AFP
KUMPULAN penentang Bashar menunaikan solat sebelum mereka dipindahkan bersama orang awam dari kawasan di sempadan Lubnan ke wilayah Hama 3 Ogos lalu. - AFP
Reuters

Dubai: Arab Saudi, penyokong utama kumpulan penentang rejim Syria berkata, ia masih menyokong perjanjian antarabangsa mengenai masa depan Syria dan Presiden Bashar al-Assad tidak boleh memainkan peranan penting dalam tempoh peralihan bagi menamatkan perang di negara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Luar Saudi bagi menafikan laporan mendakwa ia menimbang tempoh peralihan politik dengan fasa pertama akan menyaksikan Bashar kekal berkuasa.

Beberapa media, termasuk Russia Today kelmarin melaporkan Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir memaklumkan kepada Jawatankuasa Rundingan Tertinggi penentang Bashar mengenai keputusan itu.

Kenyataan kementerian berkenaan yang disiarkan agensi berita rasmi Saudi (SPA) menyangkal laporan berkenaan dengan berkata ia tidak tepat.

“Pendirian negara ini mengenai krisis Syria adalah tegas dan ia berdasarkan penyataan Geneva 1 serta ketetapan 2254 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menetapkan pembentukan badan peralihan akan mentadbir negara itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Pengumuman itu juga dibuat menjelang rundingan damai pusingan baru Syria yang diketuai PBB pada September depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 9:11 AM