HANYA didihkan air bersama makanan pilihan Brahim’s selama 10 minit.
HANYA didihkan air bersama makanan pilihan Brahim’s selama 10 minit.
DILENGKAPI sumber tenaga lengkap.
DILENGKAPI sumber tenaga lengkap.
Aniza Zainudin


Hanya perlu mendidihkan air bersama pilihan makanan sedia dimakan Brahim’s (Meals Ready to Eat) selama lapan hingga 10 minit, pengguna boleh menikmati sajian enak bercita rasa Malaysia meskipun berada di luar negara, di rimba mahupun kawasan pergunungan.

Jika ada kemudahan ketuhar gelombang mikro, hanya dua minit diperuntukkan untuk menjamu variasi sembilan produk nasi Brahim’s Meals Ready to Eat (MRE) yang panas.

Mengaplikasikan teknologi pembungkusan makanan kantung retort sejak 29 tahun lalu, setiap produk Brahim’s MRE mempunyai jangka hayat selama 18 hingga 24 bulan.

Produk Brahim’s MRE ini permulaannya disasarkan kepada rakyat tempatan ke luar negara sukar mencari makanan halal, berkualiti dan cita rasa Malaysia.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Dewina Trading Sdn Bhd, Mohamad Fazil Othman berkata, kini permintaan bagi produk Brahim’s MRE mula berkembang kepada golongan aktiviti luar dan lasak.

“Pembungkusan makanan menerusi teknologi kantung retort dan kaedah penyediaan mudah ini memberi kelebihan kepada pengguna yang sering ke luar negara, melakukan aktiviti lasak mahupun kesuntukan masa.

“Penyediaannya tidak memerlukan peralatan yang rumit malah masa juga dapat dijimatkan mengikut situasi masing-masing. Produk Brahim’s MRE ini mendapat sambutan tinggi dalam kalangan golongan aktif dalam aktiviti lasak terutama mendaki gunung.

“Ini kerana mereka memerlukan sumber karbohidrat, protein dan vitamin bagi keperluan tubuh dan membekalkan tenaga,” katanya.

Bakal meraikan ulang tahun ke-30 jenama Brahim’s tahun depan, Dewina Food Industries Sdn Bhd kekal agresif memenangi hati dan selera masyarakat tempatan menerusi promosi berterusan sepanjang tahun ini.

Selain menawarkan promosi diskaun lima peratus bagi produk terpilih, pelanggan setia Brahim’s bakal dihadiahkan sudu keluli tahan karat bagi setiap produk nasi Brahim’s MRE bermula Oktober hingga Disember nanti.

Menerajui industri makanan MRE tempatan, Brahim’s turut mengukuhkan kedudukan di rantau negara Asean serta Australia yang dikenali dengan undang-undang ketat terhadap kemasukan makanan luar.

Sembilan variasi sajian nasi Brahim’s MRE termasuk Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Nasi Tomato, Nasi Cendawan dan Keju, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Arab Kambing.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2017 @ 1:31 AM