NUR Fatin (kanan) menunjukkan produk terbaru Brahim’s di Pasaraya Giant Kuantan.
NUR Fatin (kanan) menunjukkan produk terbaru Brahim’s di Pasaraya Giant Kuantan.
Amin Ridzuan Ishak

Kuantan: Kumpulan Brahim’s terus memperkukuhkan perniagaan bagi segmen makanan sedia dimakan (MRE) menerusi pengenalan tiga produk baharu bagi kategori nasi yang dilancarkan dua bulan lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Brahim’s Dewina Holdings Sdn Bhd (Brahim’s) Nur Fatin Ibrahim berkata, produk baharu iaitu perasa nasi goreng Cina, nasi goreng pedas dan nasi goreng kicap mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai.

Katanya, tiga produk itu diperkenalkan susulan daripada maklum balas pengguna setia bagi lebih 40 rangkaian produk Brahim’s.

“Bagi dua bulan pertama lebih 3,000 karton produk nasi ini dipasarkan seluruh negara di semua pasar raya utama dan menerima sambutan menggalakkan.

“Kami kini dalam perbincangan untuk memasarkannya ke lebih banyak pasar raya yang menunjukkan minat untuk menjualnya selepas melihat sambutan mengalakkan,” katanya kepada pemberita sempena program Brahim’s Anyone Can Cook Roadshow di pasar raya besar Giant di Kuantan.

Hadir sama Pengurus Pemasaran dan Penjualan kumpulan Fazil Othman dan Ketua Komunikasinya Azizah Wahid.

Jelajah tiga hari itu menampilkan demonstrasi masakan untuk memperkenalkan produk nasi goreng Cina, nasi goreng pedas dan nasi goreng kicap.

Nur Fatin yakin, tiga produk baharu itu akan terus menerima sambutan mengalakkan kerana harganya berpatutan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 1:00 PM