PINTU gelongsor teras (patio).
PINTU gelongsor teras (patio).
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


APABILA mengubah suai rumah, pintu adalah komponen utama yang akan diberi perhatian.

Ini kerana pemilihan pintu yang bersesuaian akan memberikan aura terbaik terhadap rumah berkenaan.

Pintu gelongsor boleh dijadikan pilihan untuk menampilkan kelainan pada rumah yang diubah suai.

Enam jenis pintu gelongsor untuk meningkatkan hiasan dalaman dan luar rumah:

1. Pintu gelongsor pintasan

- Pintu jenis ini sesuai dipasang di almari atau tandas

- Ia berfungsi dengan sempurna di ruang lebih kecil dan boleh dibuka dengan menolak pintu ke satu sisi

- Pintu gelongsor pintasan boleh diperbuat daripada kayu atau kaca

- Pemasangan pintu gelongsor jenis ini juga lebih mudah dan murah

- Pintu ini semakin diminati dan permintaan juga tinggi

PINTU gelongsor pintasan.
PINTU gelongsor pintasan.

2. Pintu gelongsor poket

- Pintu ini terbahagi dua apabila dibuka. Ini dapat menjimatkan banyak ruang dalam rumah

- Selain itu, pintu ini mudah dipasang dan menjadikan rumah kelihatan lebih berkelas

- Pintu ini boleh dipasang sebagai pintu utama rumah, almari atau dapur

3. Pintu gelongsor teras (patio)

- Banyak digunakan sebagai pintu utama rumah, tetapi boleh juga dijadikan pintu bahagian lain di rumah

- Terdapat ciri-ciri yang kebiasaannya dikaitkan dengan pintu gelongsor teras ini. Ia diperbuat daripada kaca untuk memberikan pemandangan lebih luas

- Selain itu, ia juga membantu memberikan pengudaraan yang baik dalam ruang rumah

- Pintu ini cantik yang mempunyai banyak reka bentuk eksotik dan proses pemasangannya juga mudah

4. Pintu gelongsor lipat dua

- Salah satu jenis pintu yang disukai ramai. Walaupun konvensional Perancis ini dibuka dan ditutup menggunakan engsel, terdapat juga jenis gelongsor

- Jika mencari kepelbagaian pintu Perancis ini tetapi tidak mempunyai ruang mencukupi, maka pintu jenis gelongsor adalah pilihan yang baik

PINTU gelongsor akordion.
PINTU gelongsor akordion.

5. Pintu akordion

- Ini adalah pintu gelongsor paling murah daripada semua jenis pintu gelongsor yang terdapat dalam pasaran

- Pintu berlipat ini sesuai untuk pengurusan ruang kerana dapat menjimatkan banyak ruang bilik

- Ideal dipasang di rumah berkeluasan sederhana dan kecil

- Pintu ini akan berlipat apabila terbuka menjadikan ruang lebih kemas

6. Pintu barn

- Pintu jenis ini sangat biasa dipasang pada rumah di kawasan luar bandar dengan gaya berbeza

- Kebanyakan pintu ini diperbuat daripada kayu dengan pelbagai warna

- Ia boleh dipasang di bangsal dan garaj

PINTU gelongsor barn.
PINTU gelongsor barn.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2023 @ 6:30 AM