HAZIQ melihat ruang terbuka mempunyai kelebihan tersendiri.
HAZIQ melihat ruang terbuka mempunyai kelebihan tersendiri.
LANGKAH berani menggunakan perincian lantai bercorak.
LANGKAH berani menggunakan perincian lantai bercorak.
DENGAN pokok dan karpet rumput tiruan membuatkan ruang tampak bersantai.
DENGAN pokok dan karpet rumput tiruan membuatkan ruang tampak bersantai.
Nurul Husna Mahmud


MEMILIKI ruang terbuka di laman belakang rumah (backyard) memberikan satu kelebihan tersendiri.

Apatah lagi ruang itu di tata hias dengan sewajarnya bagi mengoptimumkan fungsi ruang terbabit sebagai ruang santai meskipun keluasannya cukup terhad.

Ruang tambahan biasanya kerap diubah suai menjadi ruang untuk dapur basah atau ruang dobi.

Menurut Pereka Dalaman MH Casa Decoration, Haziq Ammar, konsep tipikal dalam tata hias ruang tambahan itu, kebanyakannya pemilik akan 'menutup penuh' tanpa ruang terbuka.

Sedangkan ruang terbuka dan tidak berbumbung memberi banyak kelebihan apatah lagi ia menempatkan ruang dapur basah dan dobi.

"Saya lakukan satu pembaharuan dalam projek menata hias satu kediaman dua tingkat Disember lalu.

"Terdapat ruang kosong dengan keluasan 1.5 meter x 6.7 meter pada bahagian belakang rumah yang mana saya transformasikan untuk dapur basah, dobi dan halaman bersantai.

"Idea saya untuk wujudkan laman belakang terbuka juga percubaan pertama apabila inspirasinya datang daripada pemilik rumah itu sendiri yang mahukan ruang ampaian pakaian.

PINTU kaca membantu pencahayaan.
PINTU kaca membantu pencahayaan.

"Saya terfikir, berbanding menutup sepenuhnya ruang lebih baik saya memperuntukkan sedikit ruang yang boleh dipelbagaikan fungsinya," katanya.

Dalam rekaan ruang itu, pereka terbabit tidak lupa mengutamakan fungsi setiap sudut supaya sepadan dengan nilai estetika atau konsep dipilih.

"Ruang terbuka itu saya lihat banyak memberi kelebihan terutama memikirkan kedudukannya bersebelahan ruang dapur basah dan dobi.

"Malah ruang dapur basah seperti yang kita ketahui adalah ruang aktif untuk memasak dan semestinya haba terperangkap. Apabila ada ruang terbuka, aliran udara keluar masuk juga lebih lancar.

"Selain itu, ia menyelesaikan isu bau kurang menyenangkan terutama membabitkan kain di jemuran. Ruang halaman belakang terbuka boleh ditukar penggunaan kepada ruang ampaian," katanya.

Kongsi Haziq, bagi konsep dekorasi untuk menonjolkan ruang beliau memilih moden Inggeris berdasarkan warna latar rumah berkenaan yang sedia berlatarkan putih.

"Saya memilih kabinet dapur warna biru lembut (baby blue) supaya senada dengan rona warna putih yang menjadi latar utama warna dinding rumah.

MENARIK rekaan bata disusun grid membantu udara masuk.
MENARIK rekaan bata disusun grid membantu udara masuk.

"Dalam konsep moden Inggeris rekaan, sedikit klasik tetapi tampak segar dan itu saya tonjolkan potongan lampu serta sinki berwarna keemasan.

"Tidak mahu tampak kosong, saya memilih penggunaan jubin lantai bercorak. Sedikit sentuhan motif Maghribi dilihat pada perincian itu tidak menjejaskan konsep moden Inggeris yang ingin ditonjolkan," katanya.

Pintu kaca dipilih untuk membantu pencahayaan pada ruang dapur membuatkan ia kelihatan luas.

"Tip penting apabila menata hias ruang kecil adalah perlu mengambil kira susun atur perabot dan pemilihan warna.

"Saiz 1.5 meter ◊6.7 meter adalah ruang paling minimum jika untuk pasang kabinet dapur. Sementara warna disarankan adalah rona warna lembut atau cerah untuk bantu ruang tampak lebih luas," katanya.

Sementara itu, bagi ruang laman terbuka, penggunaan dinding bata dengan susunan grid membantu membenarkan udara melaluinya.

"Boleh rasa ruang dapur lebih sejuk apabila pintu dibuka kerana rekaan dinding grid mengoptimumkan udara masuk dan ke luar rumah.

LAMPU dan aksesori sinki serta paip keemasan tampak gaya klasik glamor tetapi tidak sarat.
LAMPU dan aksesori sinki serta paip keemasan tampak gaya klasik glamor tetapi tidak sarat.

"Dengan perincian rumput karpet dan tumbuhan hijau memberi suasana sangat mendamaikan seolah-olah sedang bersantai di taman," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 6:00 AM