GANTUNG pameran atau tempat barang untuk susun atur baik pada ruang terhad.
GANTUNG pameran atau tempat barang untuk susun atur baik pada ruang terhad.
Nurul Husna Mahmud


RUMAH generasi kini lebih terarah ktepada jenis apartmen atau kondominium, sekali gus menjadi kekangan buat pemilik apabila mahu mencipta ruang permainan anak-anak.

Jadi, rata-rata pemilik sebegini terpaksa melupakan ruang khusus itu atau beralih mewujudkan ruang pelbagai fungsi membantu anak mempunyai persekitaran selesa di rumah.

Melihat kepada elemen itu, sebenarnya ibu bapa perlu faham keperluan ruang terlebih dan itu antara lima aspek boleh dilakukan bagi mencipta ruang permainan anak-anak.

1. Tinjau sudut atau kenal pasti laluan boleh digunakan anak-anak dalam rumah.

Ini boleh dilihat setiap kali aktiviti seperti menulis mahupun mengulang kaji, anak-anak suka bersantai di ruang mana.

Kenal pasti kedudukan itu sesuai atau selamat sebelum kerja mengubah suai dimulakan.

Satu sudut boleh ditetapkan baik ruang kongsi seperti ruang tamu atau dalam bilik tidur anak itu sendiri.

2. Optimumkan ruang dan objek sekeliling.

Kalau berada di sudut tertentu, gunakan semua sumber yang ada termasuk pintu atau tingkap untuk kerja menghias.

Jangan fikir ia terbentuk dengan struktur kekal kerana ruang bermain boleh diwujudkan seringkas laluan utama antara bilik tamu atau bahagian lain contohnya tepi tangga.

LACI atau storan menggunakan almari berwarna juga bantu pengurusan ruang terhad.
LACI atau storan menggunakan almari berwarna juga bantu pengurusan ruang terhad.

3. Gantung barang atau objek di rumah.

Gantung barang adalah salah satu kaedah praktikal untuk bantu optimumkan ruang.

Cuma cabarannya ibu bapa perlu tahu projek sesuai supaya kaedah simpanan itu boleh menjadi aksesori menarik bagi ruang permainan mereka.

4. Cari barang permainan yang mempunyai pelbagai fungsi.

Boleh bermain sahaja tidak mencukupi, sebaliknya fungsi permainan itu pelbagai termasuk menjadi pusat penyimpan atau perabot untuk anak-anak.

SUAIKAN hiasan ruang dengan tema disukai anak.
SUAIKAN hiasan ruang dengan tema disukai anak.

5. Gunakan warna untuk bezakan sempadan ruang selain tambah keceriaan.

Penggunaan permaidani berwarna-warni selain almari tema sama bantu kaedah terbaik dalam pembahagian ruang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 6:45 AM