BERSIHKAN tingkap supaya persekitaran sentiasa segar dan bersih.
BERSIHKAN tingkap supaya persekitaran sentiasa segar dan bersih.
HM Digital

Aspek kebersihan kaca tingkap perlu dititikberatkan dan ia perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan aliran masuk udara segar tidak terjejas dek kekotoran yang melekat.

Berikut antara panduan mudah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kaca tingkap yang bersih dan berkilat:

Cuka

Cuka bukan sekadar menambahkan perisa makanan bahkan ia boleh dijadikan bahan pencuci untuk kaca tingkap.

Caranya, masukkan sedikit cuka ke dalam sebaldi air. Ambil kain bersih dan basahkan menggunakan air campuran cuka.

Kemudian, lapkan kaca tingkap anda dan biarkan ia kering sendiri.

TINGKAP adalah medium utama aliran udara masuk ke dalam ruang bangunan mahupun kediaman.
TINGKAP adalah medium utama aliran udara masuk ke dalam ruang bangunan mahupun kediaman.

Penyegar wajah

Penyegar wajah berfungsi membersihkan noda pada kulit supaya lebih sihat dan berseri.

Caranya, pertama bersihkan habuk pada tingkat dan lapkan seperti biasa menggunakan kain basah.

Kemudian, tuangkan sedikit penyegar pada kaca tingkap dan lap menggunakan kain lembut.

Tembakau

Rendamkan 100 gram tembakau di dalam setengah baldi air selama 30 minit. Ambil kain bersih dan basahkan dalam air rendaman, kemudian lap pada kaca tingkap.

Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga kaca kelihatan bersih. Pastikan sisa tembakau tidak tertinggal pada tingkap.

Lap tingkap dengan kain kering.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Jun 2018 @ 10:00 AM