ZAHARUDIN
ZAHARUDIN

MNRB Holdings Berhad (MNRB) mencatatkan untung bersih RM111.1 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2024 (TK2024) berbanding kerugian bersih -RM9.7 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Prestasi kewangan yang kukuh bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 September 2023 itu memperlihatkan pertumbuhan stabil dalam perniagaan insurans semula dan takaful Kumpulan dan menggariskan komitmen Kumpulan MNRB dalam mengekalkan pertumbuhan menguntungkan.

MNRB dalam kenyataan berkata, rekod itu dipengaruhi prestasi pengunderaitan yang meningkat bagi perkhidmatan insurans dan takaful Kumpulan, hasil daripada pengalaman tuntutan yang lebih baik berbanding tempoh sama tahun lalu, ditambah dengan pergerakan keuntungan nilai saksama lebih tinggi dalam pelaburan.

Perolehan insurans dan takaful Kumpulan juga turut meningkat 14.2 peratus kepada RM1.6 bilion daripada RM1.4 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Kumpulan turut mencatatkan perkembangan dalam perolehan operasi sebanyak 18 peratus iaitu RM1.8 bilion pada separuh pertama 2024 daripada RM1.5 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya, didorong terutamanya oleh perolehan insurans dan takaful berikutan pertumbuhan kukuh dalam perniagaan takaful am dan insurans semula.

Bagi suku kedua berakhir 30 September 2023, keuntungan bersih Kumpulan MNRB melonjak kepada RM41.6 juta daripada RM13.5 juta yang dicatatkan pada suku kedua TK2023.

Peningkatan sebanyak 18.1 peratus dalam perolehan insurans dan takaful turut direkodkan kepada RM827.6 juta daripada RM700.5 juta pada suku sama tahun lalu.

Mengulas mengenai prestasi berkenaan, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Zaharudin Daud berkata, anak-anak syarikat Kumpulan terus mengekalkan prestasi yang kukuh sejak permulaan tahun kewangan 2024.

"Kami sentiasa menumpukan usaha meluaskan jangkauan pasaran melalui pelbagai inisiatif strategik Kumpulan, merangkumi memperkembangkan portfolio Perjanjian Khusus luar negara dan Mengurus Ejen Am (MGA) bagi perniagaan insurans semula kami.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2023 @ 6:15 AM