GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Bisnes HM


MNRB Holdings Berhad (MNRB) mencatatkan keuntungan bersih RM93.2 juta, meningkat sebanyak 7.9 peratus untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2020 (1H2021).

Jumlah terbesar dari premium kasar dan sumbangan takaful dengan peningkatan sebanyak 6.5 peratus kepada RM1.14 bilion dalam tempoh berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Zaharudin Daud berkata, Kumpulan berjaya mengharungi dan terus berdaya tahan untuk separuh pertama 2021 di tengah persekitaran yang mencabar dan pandemik berterusan.

"Kami berjaya menempuh separuh pertama tahun kewangan ketika operasi perniagaan di bawah pelbagai sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, anak syarikat takaful keluarga Kumpulan, Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful Keluarga Ikhlas) mencatat sumbangan kasar lebih rendah sebanyak 8.3 peratus kepada RM264 juta pada 1H 2021 daripada RM287.8 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Keuntungan bersihnya menurun kepada RM13.6 juta berbanding RM34.6 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

"Penyesuaian norma baharu telah menetapkan beberapa batasan untuk perniagaan dan ini telah mempengaruhi aktiviti perniagaan Takaful Ikhlas Family.

"Untuk mengatasi ini, kami telah meletakkan strategi baru untuk meningkatkan momentum pertumbuhan perniagaan takaful keluarga kami," katanya.

Bahagian takaful am Kumpulan, Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas General) mencatat peningkatan 41.7 peratus dalam sumbangan kasarnya kepada RM204.2 juta untuk 1H 2021 berbanding RM144.1 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

"Pertumbuhan ini didorong oleh semua segmen, iaitu Agensi, Bancatakaful dan Korporat. Takaful Ikhlas General juga mencatat lonjakan keuntungan bersih kepada RM15.7 juta daripada RM8.7 juta yang dicatatkan pada 1H 2020 didorong oleh kenaikan lebih tinggi daripada pendapatan yuran wakalah sejajar dengan sumbangan kasar yang lebih tinggi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 6:23 PM