REPLIKA seterika gergasi di Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang.
REPLIKA seterika gergasi di Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang.

Kuala Lumpur: Kumpulan MR DIY membawakan replika terapung gergasi yang dipamerkan sebelum ini di Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Bersaiz sebesar 16 meter, replika unik itu baru-baru ini diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai replika seterika terapung terbesar di Malaysia dan kini berada di perairan di tepi Jambatan Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh dan dipamerkan sehingga 30 November 2023.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, replika itu adalah salah satu cara yang menyeronokkan dan menarik untuk menyebarkan mesej 'Kecil & Besar MR DIY Ada' kepada semua rakyat Malaysia.

"Warga Kuala Lumpur telah menyaksikannya di Taman Tasik Titiwangsa. Kini, kami menjemput warga Pulau Pinang untuk menyertai keseronokan ini.

"'Seterika' ini akan menjelajah ke negeri lain tidak lama lagi, menawarkan lebih ramai rakyat Malaysia peluang untuk menyaksikannya," katanya dalam kenyataan.

Replika seterika terapung gergasi itu adalah bersempena dengan inisiatif MR DIY, 'Kecil & Besar, MR DIY Ada'.

Inisiatif yang direka khas ini mempamerkan lebih 20,000 produk yang MR DIY tawarkan di lebih 1,200 cawangannya di seluruh negara.

Peruncit itu juga telah menempatkan beberapa replika gergasi di kawasan tumpuan pengunjung di Pulau Pinang dan Melaka.

Penduduk Pulau Pinang boleh melawat patung gebu dinasour gergasi di All Seasons Place.

Sementara itu di Melaka, terdapat pili air gergasi di Menara Taming Sari, pengecas bateri serta bola sepak gergasi di Mahkota Parade.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2023 @ 8:38 AM