Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar 'blok perdagangan' oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini, kata ahli ekonomi.

Profesor ekonomi Sunway University Yeah Kim Leng berkata lawatan Perdana Menteri baru-baru ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 dan mesyuarat beliau bersama pemimpin korporat utama telah menawarkan Malaysia prospek lebih besar dalam radar pelaburan syarikat terkemuka AS.

"Selain menambah baik tadbir urus, keyakinan pelabur, kestabilan politik dan kepastian dasar, prospek aliran masuk FDI dan swasta yang lebih besar, adalah antara rasional kepada semakan meningkat sasaran pertumbuhan Rancangan Malaysia Ke-12. Walaupun ketidaktentuan global semasa yang meningkat pada masa ini mungkin menjejaskan trajektori pertumbuhan lebih tinggi berikutan pendedahan negara yang tinggi terhadap permintaan luaran, ekonomi akan berada pada kedudukan lebih baik untuk bertahan daripada potensi cabaran, terutamanya sekiranya pelbagai langkah dan rancangan untuk memperkukuh kedudukan fiskal dan perlindungan sosial dimulakan pada tahun akan datang," katanya.

Yeah berkata kedatangan Anwar ke UNGA telah meningkatkan profil antarabangsa negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 8:35 AM