KUALA LUMPUR 07 SEPTEMBER 2023. Pelancaran Kad Debit-i Visa Be U Bank Islam oleh Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank Islam, Noor Farilla Abdullah (2 kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed (3 kiri) dan Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon (4 kiri) turut serta tetamu VIP di EQ Kuala Lumpur. STR/AMIRUDIN SAHIB.
KUALA LUMPUR 07 SEPTEMBER 2023. Pelancaran Kad Debit-i Visa Be U Bank Islam oleh Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank Islam, Noor Farilla Abdullah (2 kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed (3 kiri) dan Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon (4 kiri) turut serta tetamu VIP di EQ Kuala Lumpur. STR/AMIRUDIN SAHIB.

BANK Islam Malaysia Bhd melancarkan Kad Debit-i Visa Be U yang baharu untuk meningkatkan pengalaman pembayaran pelanggan dengan aplikasi dan pengaktifan direka bagi memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Digital Kumpulan, Noor Farilla Abd ullah berkata, kad debit bebas perbankan fizikal itu akan membolehkan pengurusan mudah alih kewangan, menghapuskan kertas kerja atau birokrasi yang rumit, sekali gus mencerminkan komitmen bank terhadap perbankan yang mudah diakses.

"Selain menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia, Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa juga menawarkan pemegang kad dengan pilihan perbankan yang mudah dan maju bagi mengurus kewangan mereka.

"Melalui kad debit, pemegang kad boleh menjejaki kewangan mereka dengan mudah menggunakan penjejak perbelanjaan terbina secara dalaman yang boleh dilihat melalui aplikasi perbankan digital Be U by Bank Islam," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kad debit itu di sini.

Noor Farilla berkata, pemegang kad juga boleh mengurus dan mengawal tetapan kad mereka dengan mudah melalui aplikasi, yang membolehkan mereka membekukan serta menggunakan semula penggunaan kad, menukar nombor pengenalan peribadi (PIN) mereka serta melaraskan tetapan keselamatan dan had mengikut keutamaan mereka.

"Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa menawarkan lima reka bentuk yang menarik untuk dipilih, membolehkan pelanggan mencerminkan keperibadian mereka.

"Pelanggan boleh memohon kad itu dengan mudah melalui aplikasi Be U dan menerimanya di rumah hanya dalam beberapa hari bekerja selepas permohonan," katanya.

Pada 17 Julai tahun lalu, Bank Islam melancarkan aplikasi perbankan digital awan sepenuhnya, Be U, susunan teknologi pertama seumpamanya yang dijangka akan menjadi asas kepada semua bank digital yang akan datang di Malaysia. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 7:00 AM