Suliati Asri


MAHU menang emas? Jangan lepaskan peluang menyertai Peraduan Cheese! I 'Nut' Emas.

Dianjurkan buat kali kedua susulan kejayaan dan maklum balas positif tahun lalu, peraduan Cheese! I 'Nut' Emas kali ini kembali dengan hadiah yang lebih lumayan.

Berlangsung selama 1.5 bulan bermula dari 15 Jun lalu hingga 31 Julai ini, ia membabitkan dua produk Julie's iaitu Biskut Sandwic Mentega Kacang & Biskut Sandwic Keju.

Menariknya dengan hanya mengikuti lima langkah mudah ini orang ramai berpeluang memenangi lebih 30 kepingan 10g dan 100g emas dengan nilai keseluruhan RM150,000.

Bagaimana? Langkah pertama adalah dengan membeli produk Biskut Sandwic Mentega Kacang atau Keju Julie's bernilai RM5 ke atas dalam satu resit.

Kemudian, imbas kod QR dari bahan promosi yang terpapar di tempat jualan. Imbasan kod itu yang akan membawa pelanggan ke laman mikro peraduan Julie's.

Secara alternatif, pelanggan boleh terus layari laman web https://juliescheeseinutemas.com/. Log masuk dan mendaftar.

Langkah ketiga, adalah memuat naik foto resit yang jelas dan masukkan butiran resit terbabit.

Seterusnya, pelanggan diminta untuk menyertai permainan peraduan ini yang memerlukan peserta melaungkan ayat, Cheese! I 'Nut' Emas.

Lebih lama laungan berkenaan, lebih ceria peluang memenangi hadiah utama iaitu 100g emas yang bernilai RM35,000. *Tertakluk pada terma dan syarat peraduan.

Langkah lima, penyertaan selesai dan pelanggan kini berpeluang untuk memenangi hadiah emas yang ditawarkan.

Mudah bukan. Oleh itu, mulakan misi memenangi emas anda sekarang dengan membeli Biskut Sandwic Mentega Kacang atau Keju Julie's dari kedai runcit berdekatan.

Atau pelanggan boleh membeli secara dalam talian di kedai rasmi Julie's di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Cheese! I 'Nut' Emas, sila layari laman web https://www.julies.com.my/julies-cheese-i-nut-emas/.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 2:31 PM