JAY Khairil.
JAY Khairil.
Nisaa Iryanie Azhar


Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan jutawan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) kelima bagi tahun 2023, sekali gus jutawan ke-88 sejak ganjaran RM1 juta itu diperkenalkan.

Pemenang bagi kategori Cabutan Jutawan Mei 2023 diumumkan dalam Majlis Cabutan BSN SSP di Kuantan Parade, Kuantan, pada 3 Jun lalu.

Jutawan kelima BSN SSP itu berasal dari Kuala Lumpur menyimpan sejak 2005. Dia terus menyimpan secara konsisten sehingga simpanannya mencecah RM300,000 sebelum dinobatkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan BSN SSP dan membawa pulang hadiah RM1 juta itu.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN SSP adalah produk utama dalam menggalakkan orang ramai untuk menabung.

"BSN SSP dipertingkatkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menyimpan demi memperoleh masa depan kewangan yang lebih baik," katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Jay berkata, Karnival BSN SSP seterusnya diadakan di Palm Square, Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah bermula dari 6 hingga 8 Julai 2023.

Cabutan Jutawan BSN SSP menawarkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM27 juta untuk lebih 18,000 pemenang.

Seorang pemenang bakal membawa pulang BSN SSP RM1 juta pada setiap bulan, dan pemenang bulan Disember 2023 bakal memenangi hadiah BSN SSP RM1 juta berserta sebuah kereta mewah BMW X5 untuk dibawa pulang tahun ini.

BSN SSP juga menawarkan kebaikan tiga dalam satu iaitu menyimpan, menang dan sambil memperoleh kadar keuntungan simpanan yang menarik sehingga 2.40 peratus setahun melalui BSN SSP Platinum.

Sementara itu, Jay berkata, jumlah simpanan BSN SSP sudah melebihi RM5 bilion.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 3:49 PM