Izwan Zainuddin (kiri) pada sidang media Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sempena pembukaan restoran ÔMeet Bros. SteakhouseÕ, syarikat Rakan Usahawan PUNB yang akan beroperasi di Paddington, London di MeÕnate Centre of Training & Development, Setapak. FOTO ASYRAF HAMZAH
Izwan Zainuddin (kiri) pada sidang media Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sempena pembukaan restoran ÔMeet Bros. SteakhouseÕ, syarikat Rakan Usahawan PUNB yang akan beroperasi di Paddington, London di MeÕnate Centre of Training & Development, Setapak. FOTO ASYRAF HAMZAH

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM250 juta tahun ini berbanding sasaran awal RM189 juta selepas menyemak dan mengkaji semula keperluan usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Izwan Zainuddin berkata, pembiayaan itu tidak terhad kepada mana-mana industri, dan PUNB membuka permohonan pembiayaan kepada semua usahawan bumiputera.

"Pembiayaan kita adalah terbuka dan tiada had kepada mana-mana segmen atau hanya fokus kepada antarabangsa atau tempatan.

"Ini kerana kita tidak mahu timbul situasi peruntukan sudah habis sekiranya usahawan dapat peluang untuk berkecimpung dalam perniagaan atau pergi ke pasaran antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh pembukaan Meet Bros Steakhouse di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya sering ke lapangan untuk mendapat maklum balas mengenai keperluan semasa usahawan bumiputera

Izwan berkata, permintaan atau keperluan ini adalah secara menyeluruh termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"Bila turun padang, kami mendapati pihak usahawan kebanyakannya mahu melakukan penyimpanan stok kerana selama ini mereka banyak menjual barangan cepat laris, dan keperluan untuk penyimpanan stok ini memang ada," katanya.

Beliau berkata, PUNB turut mengambil maklum bahawa usahawan sememangnya memerlukan pembiayaan memandangkan berlaku situasi pembekal meminta pendahuluan yang lebih besar iaitu sehingga 50 peratus berbanding 20 hingga 30 peratus sebelum ini.

PUNB diwujudkan untuk meningkatkan lagi penyertaan dan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2023 @ 7:00 AM