GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pengenalan semula program pengakuan sukarela khas mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Disember 2024 membolehkan pengampunan ke atas penalti 100 peratus terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar membantu menambah hasil kerajaan selain memberi manfaat kepada pembayar cukai yang ingin memanfaatkan inisiatif tersebut.

Pengenalan semula program itu diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Presiden Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM) Chow Chee Yen berkata, keinginan pembayar cukai tampil mendedahkan cukai belum dibayar secara sukarela mungkin tidak begitu kuat melainkan terdapat alasan kukuh untuk berbuat demikian.

"Komunikasi daripada jangkaan dan ketelusan antara pihak berkuasa cukai dan pembayar cukai turut dijangka memberi kesan kepada hasil diinginkan daripada program iyu," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pengurangan kadar cukai dua mata peratusan untuk banjaran pendapatan boleh cukai RM35,001 hingga RM100,000 dijangka memberi manfaat kepada 2.4 juta pembayar cukai daripada kumpulan M40 berpendapatan sederhana.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 7:55 AM