ALEX Goh (kanan) menerima anugerah Putra Enterprising Brand of the Year 2022 edisi Putra Brand Awards 2022.
ALEX Goh (kanan) menerima anugerah Putra Enterprising Brand of the Year 2022 edisi Putra Brand Awards 2022.

Kuala Lumpur: Peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR DIY (M) Berhad (MR DIY) dinobatkan sebagai Putra Enterprising Brand of the Year edisi Putra Brand Awards 2022, baru-baru ini.

Ini tahun kedua berturut-turut MR DIY menerima Putra Brand Award di mana pada 2021, peruncit terkemuka itu turut menerima anugerah Emas bagi kategori runcit.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, ini anugerah amat bermakna buat kumpulan kerana ia hasil undian pengguna.

"Visi kami di MR DIY adalah menyediakan barangan keperluan kepada rakyat dengan janji Sentiasa Harga Rendah dan anugerah ini membuktikan kami berjaya memenuhinya dengan efektif.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kesetiaan mereka yang berterusan dan mendedikasikan anugerah ini kepada 16,000 kakitangan kami atas kesungguhan dan usaha gigih mereka.

"Anugerah ini memberi lebih inspirasi kepada kami supaya terus mencipta pengalaman peruncitan inovatif untuk memenuhi imaginasi pengguna, menyampaikan nilai, serta mencipta impak positif dalam kehidupan rakyat Malaysia," katanya.

Putra Brand Awards adalah unik kerana ia berdasarkan pilihan orang ramai yang mengundi jenama kegemaran mereka dalam pelbagai kategori.

Ia kemudian dinilai melalui kaedah penyelidikan pengguna yang terperinci menggunakan maklum balas pengguna yang direkodkan terus oleh Ipsos iaitu sebuah peneraju global dalam penyelidikan pasaran.

Pada 2022, lebih 6,000 pengguna menghantar 25,000 maklum balas untuk menentukan jenama manakah yang menjadi peneraju pasaran dalam kategori masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 8:03 AM