Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Ameen Amendran.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Ameen Amendran.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Selepas lebih dua tahun menghadapi pandemik, Malaysia kini dalam proses pemulihan.

Namun, rakyat Malaysia kini berhadapan dengan masalah kewangan disebabkan inflasi yang makin mendadak, mendesak rakyat Malaysia untuk berjimat.

Oleh yang demikian, Tune Talk memperkenalkan Pek Jimat sebagai satu solusi bagi mengurangkan perbelanjaan.

Pek Jimat adalah untuk membantu rakyat yang mengalami kesukaran wang disebabkan inflasi dan kekurangan pendapatan.

Pelan yang ditawarkan dalam Pek Jimat telah direka khas mengikut keperluan dan kehendak setiap individu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Ameen Amendran berkata, Pek Jimat membolehkan pelanggan untuk melayari internet lancar dan membuat panggilan tanpa had.

"Antara pelan yang disediakan adalah pelan Fokus 33 di mana dengan bayaran serendah RM 33 sebulan, pelanggan dapat menggunakan servis internet dengan kelajuan dua kali ganda pada waktu produktiviti dan hotspot sebanyak 4GB.

"Terdapat juga pelan lain seperti Fokus 40 yang menyediakan hotspot sebanyak 6GB serendah RM40 dan Bebas 55 dengan hotspot tanpa had daripada RM55 sebulan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebagai satu inisiatif membantu rakyat Malaysia berjimat dalam keadaan ekonomi yang sukar ini, pihaknya memperkenalkan pelan-pelan internet dan panggilan tanpa had pada harga mampu milik.

"Pengguna juga dapat melanggan pelan mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka.

"Dengan keadaan ekonomi dan gaya hidup rakyat Malaysia yang sedang berubah, kami sebagai sebuah syarikat telekomunikasi harus lebih prihatin dan bertindak untuk memberi pelanggan servis terbaik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 5:50 PM