Tune Talk Hi-Value jadi pilihan generasi muda - FOTO Hiasan
Tune Talk Hi-Value jadi pilihan generasi muda - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

PENGGUNA disarankan membuat pilihan dan perbandingan sebelum membeli atau melanggan sesuatu produk. 

Ia bagi memastikan mereka berpuas hati dengan barangan yang dibeli sekali gus tidak menanggung kerugian selepas berbelanja.

Ini termasuklah bijak memilih pelan prabayar yang tidak membebankan dengan pakej internet berlebihan daripada keperluan sepatutnya.

Memahami keperluan semasa dalam norma baharu, syarikat telekomunikasi Tune Talk tampil memperkenal pek prabayar baharu iaitu Tune Talk Hi-Value.

Ia sebahagian inisiatif syarikat telekomunikasi itu bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang berdepan kesukaran ketika pandemik. 

Tak besar, tak kecil

Image

Menarik menerusi pelan Hi-35, pengguna dapat menikmati 35GB internet berkelajuan tinggi tanpa had pada harga RM35 sebulan. 

Pelan baharu ini sememangnya 'ngam ngam' untuk pengguna kerana ia menawarkan data tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, cukup memenuhi keperluan semasa norma baharu.

Pendek kata, untuk menampung penggunaan harian seperti bekerja dari rumah, melayari internet, kelas dalam talian atau panggilan video bukan lagi masalah besar dengan pelan Hi-35 ini.

Tidak cukup dengan itu, pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai bil bulanan tinggi kerana pelan internet yang disediakan ini sudah tentu menjimatkan dan mesra poket.

Untuk kemudahan pelanggan, pelan baharu Tune Talk Hi-35 turut menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, di samping membolehkan pengguna berkongsi 35GB hotspot kuota asas.

Pelanggan juga boleh menambah booster serendah RM3 untuk data ekstra.

Tawaran terhad!

Jika anda ingin menikmati  lebih kelajuan pada harga hebat, bertukarlah ke Tune Talk dan langgan pelan Hi-35 dengan segera kerana pelan ini ditawarkan dalam tempoh masa terhad sahaja. 

Selain Hi-35, anda juga boleh memilih untuk melanggan pelbagai  pelan lain yang ditawarkan dalam Pek Tune Talk Hi-Value seperti Hi-25, Tune Unlimited dan Call 20 mengikut keperluan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pek prabayar Tune Talk Hi-Value, layari ​​www.tunetalk.com/my/en/coolplan/hi-value-prepaid atau ikuti kemaskini terbaharu menerusi Facebook dan Twitter rasmi Tune Talk. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 12:26 PM