PROJEK hartanah kediaman jenis pangsapuri servis LBS SkyLake Residence bakal siap dibina pada Ogos 2021.
PROJEK hartanah kediaman jenis pangsapuri servis LBS SkyLake Residence bakal siap dibina pada Ogos 2021.
Hazwan Faisal Mohamad


PROJEK hartanah kediaman jenis pangsapuri servis LBS SkyLake Residence yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Bhd (LBS) bakal siap dibina pada Ogos 2021.

Pembangunan kediaman tepi tasik mampu milik yang dibangunkan di Puchong, Selangor itu dibina di atas tanah seluas 2.055 hektar yang mengandungi dua blok dengan keseluruhan unit sebanyak 746 unit.

Projek dengan status pajakan 99 tahun itu juga boleh didapati dalam beberapa pilihan luas binaan iaitu daripada 545 kaki persegi hingga 1,063 kaki persegi.

Projek berkenaan memenuhi keperluan pasaran sasaran yang berbeza iaitu untuk golongan profesional bujang, keluarga muda atau pelabur bijak.

Dengan harga bermula daripada RM250,000 ke atas, ia dilengkapi reka bentuk bergaya, landskap yang dirancang baik dan ciri-ciri nilai tambah LBS SkyLake Residence.

Menggunakan kelebihannya yang terletak di lokasi strategik, LBS SkyLake Residence menggabungkan keselesaan kehidupan kota yang sofistikated dengan rimbunan hijau alam semula jadi di sekelilingnya yang akhirnya menjelmakan konsep Nature & Nurture, Both Are Yours.

Projek pembangunan tepi tasik ini ialah contoh pengalaman kehidupan baharu dan mewujudkan persekitaran berorientasikan kekeluargaan yang dilengkapi rekaan penuh ketelitian serta kemudahan runcit, pendidikan, penjagaan kesihatan serta beli-belah.

LBS juga mengambil usaha bersepadu untuk melengkapkan LBS SkyLake Residence dengan set fasiliti yang serba lengkap.

Penghuni kediaman pastinya akan dapat mengekalkan gaya hidup aktif dengan sebahagian daripada 70 kemudahan yang tersedia.

Ini termasuklah sebuah kolam renang, gimnasium akua, kolam bola keranjang, gelanggang futsal, taman buaian, stesen perak, stesen gimnasium luar, jakuzi, laman perkelahan, taman pagar sesat, gelanggang bola keranjang, trek jogging dan lain-lain lagi.

Lokasinya yang strategik meletakkan LBS SkyLake Residence hampir dengan kawasan kejiranan lain yang lebih matang termasuk Puchong, Sunway, Putrajaya dan Cyberjaya.

Untuk pilihan yang lebih banyak, penghuni kediaman boleh memilih untuk memandu ke pelbagai pusat beli-belah dan hotel, pusat pelancongan serta institusi pendidikan dan pusat perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 8:47 PM