GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Shah Alam: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), pada Rabu, tidak akan memberi impak yang ketara kepada penjualan kereta Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata, walaupun kenaikan itu akan memberi kesan terhadap proses sewa beli kepada pembeli, namun melihat kepada situasi semasa serta kemampuan ekonomi yang semakin berkembang, pembelian kereta khususnya yang mampu milik adalah satu keperluan kepada pengguna.

"Apabila pemilik memikirkan ini sebagai satu keperluan, kos itu dilihat sebahagian kos yang perlu untuk membeli kereta.

"Mungkin buat permulaan, pengguna akan merasai sedikit kesan kenaikan ini (kadar faedah), tetapi dalam masa beberapa bulan akan datang, saya yakin pasaran akan kembali stabil," katanya pada sidang media bersempena dengan majlis pelancaran model Proton Saga 2022 yang baharu, di sini, hari ini.

Mengenai pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berakhir pada 30 Jun 2022, Roslan berkata, Proton yang sebahagian anggota Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berharap kerajaan akan menimbang untuk melanjutkannya lagi bagi memastikan kemajuan industri automotif dan merancakkan ekonomi domestik.

"Kami berharap ia dapat dilanjutkan memandangkan tempahan tertunggak yang tinggi dan pengeluaran barangan asal (OEM) yang masih tidak dapat kami serahkan sebelum 30 Jun ini.

"Ini berikutan masih ada vendor-vendor yang terjejas ekoran insiden banjir pada Disember lepas selain masalah seperti kekurangan komponen lain seperti cip elektronik bagi kegunaan automotif," jelasnya.

Akibat masalah tersebut, beliau berkata, tempoh menunggu bagi pembeli untuk mendapatkan kereta yang sudah ditempah mengambil masa antara tiga ke enam

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2022 @ 3:22 PM