LEEUWEN (kanan) bersama Ketua Penggabungan Kumpulan Carsome & Pemerolehan dan Sistem Ekosistem, Digbijoy Shukla (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway Digital & Pelaburan Strategik, Evan Cheah.
LEEUWEN (kanan) bersama Ketua Penggabungan Kumpulan Carsome & Pemerolehan dan Sistem Ekosistem, Digbijoy Shukla (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway Digital & Pelaburan Strategik, Evan Cheah.

MAKMAL Inovasi Sunway (iLabs), cabang inovasi Sunway Group menjalin kerjasama dengan Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara dengan memperkenalkan program pemecut, Makmal Mobiliti Carsome (Carsome Mobility Lab).

Bakal dilancarkan pada suku ketiga 2022, Makmal Mobiliti Carsome akan menjadi ekosistem auto pertama di Malaysia yang ingin menyokong syarikat permulaan teknologi global untuk menyampaikan penyelesaian yang mampan dalam pasaran sedia ada di Carsome.

Program terbabit menyediakan platform holistik untuk pemula dalam skala ekosistem auto dengan menyediakan bimbingan, peluang untuk pembiayaan, dan akses kepada perkongsian menerusi rangkaian usahawan Sunway dan Carsome, teroka kapitalis, korporat dan pakar industri.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, pihaknya teruja dengan perkongsian dengan Sunway iLabs kerana itu adalah program pemecut seperti itu yang pertama di Asia Tenggara.

"Ia adalah satu penghormatan bagi kami untuk menyokong dan meningkatkan usahawan dan komuniti automotif melalui program unik ini.

"Ini menjadi satu lagi langkah besar Carsome untuk mencipta ekosistem pemilikan kenderaan paling dipercayai, dikuasakan oleh teknologi dan data," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Inovasi Kumpulan Sunway dan Pengarah Sunway iLabs, Matt Van Leeuwen berkata, kerjasama dengan Carsome akan berkembang menjadi platform inovasi spektrum yang luas, meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), bakat teknologi pembangunan dan kini program pemecut untuk syarikat pemula.

"Kami percaya program ekosistem auto yang pertama di Malaysia ini akan membantu meningkatkan kebolehan syarikat pemula dari segi hubungan, pasaran, mentor dan pembiayaan yang ditawarkan oleh Carsome dan Sunway," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2022 @ 7:10 AM