RADZ Mohd. FOTO arkib NSTP
RADZ Mohd. FOTO arkib NSTP

Shah Alam: Ketahui cara pemasaran dan penjenamaan yang berkesan ketika banyak cabaran bisnes pada tahun ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) Radz Mohd berkata, bimbingan itu akan dikongsikan sendiri oleh Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 4 hingga 6 Mac nanti.

Katanya, pendaftaran bagi tiket percuma akan dibuka sehingga 22 Februari ini.

"Selepas itu, bayaran akan dikenakan kecuali mereka yang memenuhi terma dan syarat ditetapkan.

"Justeru itu, RichWorks menyeru agar usahawan untuk tidak bertangguh dan mendaftar dengan segera," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022 akan dijalankan 100 peratus dalam talian berikutan kes positif yang semakin meningkat.

"Program ini tak boleh dilepaskan kerana usahawan akan didedahkan dengan cara berkesan yang dapat bantu bisnes masa ini," katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://binabisnesberjaya.com sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Februari 2022 @ 12:46 PM