RADZ Mohd. FOTO arkib NSTP
RADZ Mohd. FOTO arkib NSTP

Shah Alam: Usahawan diseru mengikuti sesi khas Live Session Bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang dibawakan setiap Ahad bulan ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks Radz Mohd berkata, sesi berkenaan dibawa melalui platform saluran Telegram Azizan Osman Official bermula jam 8 pagi.

"Sesi ini dibawakan khas buat bangsa usahawan terutama mereka yang sudah lama berniaga, namun masih tak nampak hasil lagi.

"Datuk Wira sendiri nak bersama-sama dengan usahawan untuk berikan sedikit sebanyak pandangan dan panduan menyokong bisnes anda masa ini," katanya dalam satu kenyataan.

Radz berkata, sesi ini juga sebagai persediaan usahawan sebelum mereka akan mengikut Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022.

"Sesi pada 4 hingga 6 Mac ini sememangnya tidak dapat dilepaskan oleh bangsa usahawan.

"Situasi sudah berubah dan seperti kata Datuk Wira bahawa tahun ini sebenarnya akan lebih mencabar berbanding ketika pandemik bermula," jelasnya.

Untuk makluman lanjut, anda boleh layari https://binabisnesberjaya.com/.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Februari 2022 @ 11:22 AM