TENGKU Zafrul pada sidang media khas di Kementerian Kewangan Malaysia. FOTO Aizuddin Saad
TENGKU Zafrul pada sidang media khas di Kementerian Kewangan Malaysia. FOTO Aizuddin Saad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mencadangkan untuk menaikkan had statutori hutang kepada 65 peratus daripada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa ini.

Beliau berkata, walaupun nisbah hutang statutori kepada KDNK pada masa ini sebanyak 58 peratus, berdasarkan komitmen yang dibuat oleh kerajaan untuk menyokong rakyat dan perniagaan, nisbah hutang kepada KDNK mungkin akan meningkat kepada melebihi 60 peratus pada akhir tahun.

"Hari ini, kita masih di bawah 60 peratus, (iaitu) sebanyak 58 peratus daripada had statutori hutang kita, dan walaupun jika kita melepasinya, ia adalah kecil, tetapi sekali lagi, kita perlu membawanya ke Parlimen untuk menaikkan had tersebut.

"Pelannya untuk membentangkannya (cadangan itu) kepada Kabinet minggu depan, kemudian kita akan membawanya ke Parlimen pada masa yang sesuai," katanya pada sidang media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 1:00 PM