PEMBUKAAN cawangan Grand Senheng Pandan Jaya.
PEMBUKAAN cawangan Grand Senheng Pandan Jaya.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) melancarkan pembukaan Grand Senheng Pandan Jaya yang tampil dengan kedai berwajah baru untuk penduduk setempat pada saiz yang lebih besar dan diperbaharui.

Ini adalah pencapaian utama untuk cawangan terbabit kerana ia kedai pertama Senheng yang dibuka pada 1989.

Ia bermula daripada kedai kecil sehingga berubah ke kedai mega Grand Senheng yang bersaiz lebih besar kini.

Pengarah Urusannya, Lim Kim Heng berkata, kedai mega terbaru itu membawa pengalaman beli-belah interaktif dalam keadaan selesa dan ceria serta turut memberi pilihan dengan kepelbagaian barangan elektrikal dan elektronik kepada pelanggan.

“Grand Senheng Pandan Jaya ini dibuka bagi menjadi pusat sehenti kedai elektronik di kawasan ini yang menawarkan rangkaian pelbagai barangan termasuk peti sejuk bersebelahan, mesin basuh, telefon pintar dan komputer riba daripada jenama popular,” katanya pada mahlis pelancaran cawangan itu di sini.

Beliau berkata, projek pengubahsuaian semula kedai Senheng dilaksanakan secara mendadak sejak tahun lalu di mana kedai lama diubah suai dan diperluas kepada format gaya hidup.

Menurutnya, pembinaan semula itu memberi nafas baru kepada imej Senheng yang merangkumi hiasan kontemporari dan ditambahbaik dengan pameran unik yang menonjolkan ciri terbaik produk di sana.

“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa kami semakin maju dan menjadi kukuh selepas 29 tahun berada di dalam bidang perniagaan ini. Kami bangga dengan misi kami untuk memberikan nilai terhebat, kemudahan dan pengalaman membeli-belah tanpa batasan hebat kepada pelanggan kami,” katanya.

Bersempena pembukaan cawangan itu, Grand Senheng menawarkan promosi menarik seperti tawaran 500 unit produk elektrik pengguna yang berkualiti tinggi pada harga hanya RM10.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 10:15 AM