Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) membuka semula operasi pusat servis.
Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) membuka semula operasi pusat servis.
Lizam Ridzuan


VOLKSWAGEN Passengers Cars Malaysia (VPCM) kini membuka kesemua pusat servis mereka dengan kapasiti penuh selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mematuhi garis panduan yang ketat, semua pengedar Volkswagen mengamalkan kempen 'Safe Hands' kepada pelanggan dan pekerja.

Prosedur operasi standard (SOP) baru juga diperluas dengan ciri 'tanpa sentuhan' untuk penerimaan kenderaan, pemeriksaan melalui video, sanitasi sebelum dan selepas penyelenggaraan, pembayaran tanpa tunai dan e-invois serta pengedar terpilih turut menawarkan khidmat pengambilan dan penghantaran kenderaan.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata keselamatan pelanggan ialah keutamaan mereka dalam menyediakan keperluan khidmat selepas jualan terbaik dalam suasana normal baharu yang perlu disesuaikan untuk semua.

"Melalui kempen 'Safe Hands' ia bukan hanya di pusat servis kami malah turut dilaksanakan untuk semua operasi perniagaan VPCM selepas ini," katanya.

Untuk servis, pelanggan perlu melakukan temujanji terlebih dahulu dan untuk petugas barisan hadapan negara yang sudah melakukannya melalui kempen 'Welcome Back' akan menerima keutamaan bergantung kepada jumlah tempahan semasa.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Volkswagen dan temujanji servis, pelanggan boleh layari www.volkswagen.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 12:55 PM