SYAHRUNIZAM  (dua dari kiri), Mohamed Azahari (dua dari kanan) bersama  Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Restoran QSR Brands, Merril Pereyra (kanan) pada majlis pengumuman kerjasama di antara Touch N Go dan KFC.
SYAHRUNIZAM (dua dari kiri), Mohamed Azahari (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Restoran QSR Brands, Merril Pereyra (kanan) pada majlis pengumuman kerjasama di antara Touch N Go dan KFC.
Sofyan Rizal Ishak


TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik dengan rangkaian restoran terkemuka negara iaitu KFC Malaysia di mana pelanggan kini boleh melakukan pembayaran QR di semua restoran KFC seluruh negara dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Syahrunizam Samsudin berkata, rakyat Malaysia kini boleh menikmati ayam goreng kegemaran mereka dengan kemudahan Touch ‘n Go eWallet di samping mendapat kelebihan tambahan.

Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, perkhidmatan mereka sentiasa dinaik taraf seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin mudah didapati di dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, pihak KFC teruja untuk melancarkan kerjasama dengan Touch ‘n Go sebagai salah sebuah syarikat peneraju yang mempelopori usaha ke arah membentuk masyarakat tanpa tunai.

“Pilihan pembayaran digital seperti Touch ‘n Go eWallet dapat membantu kami mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan restoran bagi menyediakan yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sempena pengumuman kerjasama dan bulan Ramadan ini, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun 20 peratus bagi KFC Bucket Kongsi lima ketul di mana ia sah dari 16 Mei 2019 hingga 17 Jun 2019.

Selain itu, pengguna baharu Touch ‘n Go eWallet boleh mendapatkan PIN Tambah Nilai TNG RM10 percuma di restoran KFC terpilih.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari https://www.tngdigital.com.my/ dan log masuk ke www.facebook.com/ touchngoewallet/. Touch ‘n Go eWallet kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 10:04 AM